Saturday, November 22, 2008

Projek Penyelenggaraan Komputer di UiTM Sabah.

Posted by Mr. Sham@poksey

Projek : Preventive PC Maintenance ( Pencegahan Komputer Sewaan )
Tarikh : 17 - 28 November 2008
Tempat : UiTM cawangan Sabah.
Kumpulan terlibat : Juruteknik daripada Warisan2u.Com Enterprise
Objektif : Membuat selenggaraan komputer yang disewa oleh UiTM Sabah daripada EDARAN Komputer Sdn. Bhd. sebanyak 200 set. Warisan2u.Com telah dilantik sebagai AMSA telah ditugaskan untuk melakukan tugasan ini.

Monday, November 17, 2008

Dapatkan Baucar Servis RM10.00...

Posted by Mr. Sham@poksey

Tukarkan 5 keping resit sevis atau resit pembelian yang bernilai RM10.00 ke atas dengan sekeping baucar servis bernilai RM10.00, atau...

Tukarkan 1 keping resit servis atau pembelian bernilai RM50.00 ke atas dengan sekeping baucar servis bernilai RM10.00. atau...
klik di sini untuk jawab 10 soalan.
Baucar ini boleh didapati di kedai kami di :

Warisan2u.Com Enterprise,
Lot 16, Urban Minimall,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Sunday, November 16, 2008

Blog upgrading...

Posted by Mr. Sham@poksey

Kepada pengunjung yang dihormati...

Kami sedang menaik taraf dan mengubah suai laman blog Warisan2u.Com Enterprise pada 15/11 - 20/11/2008. Kami memohon maaf sekiranya ada sebarang masalah yang dihadapi semasa anda melayari blog ini.Kerjasama dan sokongan daripada anda kami ucapkan berbanyak terima kasih.
TQ,
En. Mohd Sham,
Manager.

Wednesday, October 29, 2008

Lawatilah E-Shop kami....

Posted by Mr. Sham@poksey

E-Shop kami baru dibuka.... Pelbagai barangan komputer boleh dipesan dengan harga yang berpatutan. Apa tunggu lagi... Klik disini segera.

Tuesday, October 28, 2008

Program Kerja Sambil Belajar

Posted by Mr. Sham@poksey

Syarat-syarat :

  • Terbuka kepada pelajar lepasan SPM 2008 (Lelaki / Perempuan)
  • Umur antara 17 - 25 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai I/C yang sah
  • Mempunyai kenderaan sendiri
  • Berdedikasi, bercita-cita, rajin dan boleh bekerja tanpa pengawasan

Apa yang diajar ?
  • Mengenal perkakasan komputer
  • Cara-cara memasang komputer
  • Cara-cara membaiki komputer
  • Cara-cara menggunakan komputer dengan betul
  • Software ( Asas MS -Office, Photoshop, Movie Maker, dll )
  • Cara-cara mengurus kedai, mengurus stok dan melayan pelanggan

Lain-lain :
  • Program ini adalah selama 3 bulan.
  • Elaun RM150.00 sebulan untuk setiap peserta/pelajar.
  • Bekerja selama 8 jam sehari.
  • Waktu bekerja / kursus / kelas akan ditentukan oleh pihak pengurusan.
  • Tempat penginapan tidak disediakan
  • Tempat solat disediakan
  • Makan / minum adalah tanggungan sendiri

Program ini akan bermula pada Januari 2009. Sila buat pendaftarn awal. Borang pendaftaran boleh didapati di Warisan2u.Com Enterprise, Lot 16, Urban minimall, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Monday, October 27, 2008

Company Profile

Posted by Mr. Sham@poksey

1. Latar belakang syarikat :

Bila ditubuhkan ?

- Pada awalnya hanya Warisan2u.Com Enterprise ditubuhkan atas nama WDC Enterprise @ WarisanDotCom pada 15 Mac 2006.

- Mendapat lesen perniagaan pada secara sah pada 8 Jun 2006

- Loksi awal di Lot 17, Tingkat Bawah, Likas Plaza, Fasa 2, Batu 4, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah.

- Berpindah ke lokasi baru di Lot 13A, Tingkat 1, Urban Minimall, Jalan Sepanggar, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

- Disebabkan masalah perlesenan, syarikat ini dibahagi 2 cawangan kepada WDC Enterprise dan WDC Enterpise II pada Januari 2007.

- Pada 25 Julai 2007 mulai berpindah daripada WDC Enterprise kepada Warisan2u.Com Enterprise dan ke alamat baru di Lot 16, Urban Minimall, Taman Indah Permai Phase 4, Jalan Sepanggar, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. WDC Enterprise diserahkan kepada rakan dan masih beroperasi hingga sekarang sebagai Cafe Cyber.

Apa jenis perniagaan?


-
Pada awalmya syarikat ini menjalankan perniagaan membaiki komputer dan perkidmatan fotokopi.

- Setelah berpindah ke Lot 16, Urban Minimall, Taman Indah Permai Phase 4, Jalan Sepanggar, 88450 Kota Kinabalu, Sabah, perkhidmatan ditambah kepada membaiki komputer, membekal komputer, menjual aksesori komputer dan menganjur kursus komputer serta kafe internet.

Siapa pemilik ?


-
Dimiliki oleh Pn. Noor Fathilah Jaafar (GM) sebagai penyumbang modal utama dan Mohd Sham Zurinda Bin Hassan sebagai Pengurus, yang menggunakan lesen atas nama Jerry Bin Molok, sebagai pemegang lesan yang sah.

Cawangan ?

1. Warisan2u.Com Enterprise, Lot 16, Urban Minimall, Taman Indah Permai Phase 4, Jalan Sepanggar, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

· Menjalankan perniagaan membaiki komputer, membekal komputer, menjual computer baru / terpakai, menjual aksesori computer

2. Warisan2u.Net Enterprise, Lot 16, Tingkat 1, Urban Minimall, Taman Indah Permai Phase 4, Jalan Sepanggar, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

· Penganjur kursus komputer dan perkhidmatan internet.


2. Pekerja ?

- Buat masa ini syarikat mempunyai 3 orang pekerja tetap termasuk Pengurus yang juga bertindak sebagai Technician syarikat dan 1 orang pekerja sambilan yang bekerja pasa hari Sabtu dan Ahad sahaja.

3. S W O T ?

Strength ?

- Salah satu syarikat komputer milik penuh bumiputera di kawasan ini.

- Menjual barangan komputer dengan harga yang murah dan berpatutan iaitu kebanyakan harga barangan komputer sama dengan harga yang dijual di bandaraya Kota Kinabalu.

- Menyediakan hampir semua keperluan cyber untuk pelajar sekolah dan juga universiti.

- Menyediakan hampir semua keperluan perkhidmatan computer dan printing.

Weakness ?

- Syarikat masih baru.

- Belum dikenali ramai.

- Kurang promosi.

- Banyak persaingan.

Opportunity ?

- Syarikat ini banyak peluang untuk dimajukan kerana kawasan ini dikelilingi oleh para pelajar iaitu UMS, UiTM, ILP, IKM dan sekolah yang berdekatan.

- Permintaan pelajar terhadap keperluan intenet semakin meningkat.

Treat ?

- Buat masa ini syarikat ini tidak mempunyai halangan untuk maju kerana permintaan ke atas perkhidmatan komputrer semakin bertambah.

- Sukar untuk mengembangkan sayap membuka cawangan baru kerana harga barangan yang semakin meningkat dan kadar sewa kedai juga meningkat.

- Perlu bersaing dengan syarikat yang lebih besar dah maju serta banyak cawangan.

4. Projek ?

- 2007 - Memasang kabel LAN dan konfigurasi internet di AbgAdem.Com Enterprise.

- 2007 - Memasang kabel LAN dan konfigurasi internet café di Pusat Sumber, SMK Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.

- Januari 2007 – Video editing untuk rakaman sambutan hari raya Aidifitri di Kampong Tebobon.

- April 2007 – Video editing untuk Masjid Kampung Tebobon bagi video rakaman anugerah Maal Hijrah.

- Jun 2007 – Memasang kabel LAN dan konfigurasi LAN pejabat di SMK Likas, Kota kinabalu, Sabah.

- 2007 – Cadangan memasang kabel CCTV di rumah Pegawai, Markas TUDM, Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

- 2008 - Membekal peralatan komputer kepada Koperasi SMK Inanam Berhad.

Warisan Group ditubuhkan untuk menguruskan syarikat-syarikat dibawah naungannya. Warisan Group ini belum diftarkan secara rasmi kerana masih dalam proses perbincangan dan perancangan supaya dapat menjadi sebuah syarikat bumiputera yang boleh bersaing dengan syarikat-syarikat lain yang sudah maju dan berjaya.